Saturday 24 September 2016

FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA

FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA


  • Mengelakkan ancaman dan pengaruh komunis di Singapura
Pengaruh komunis yang semakin meluas di Asia Tenggara, terutama Singapura membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pengaruh komunis mula menyusup masuk ke dalam parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959, iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew. Kegiatan dan pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas anggota PAP berhaluan kiri menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihanraya kecil .

  • Keseimbangan kaum
Kemasukan Sabah,Sarawak dan Brunei dalam Tanah Melayu akan menigkatkan peratusan kaum Bumiputera di tanah Melayu . Jumlah penduduk dari Sabah,Sarawak dan Brunei akan mengimbangi peratusan majoriti kaum Melayu dan Bumiputera di Tanah Melayu walaupun Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah melayu . Oleh itu, kedudukan orang Melayu tidak terancam . 

  • Kemajuan ekonomi bersama

Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak langsung, negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi sekaligus ia dapat meningkatkan pembangunan ekonomi, terutama di Sabah dan Sarawak yang masih belum maju dari segi ekonominya. Manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei pula akan menjadi penyumbang kepada negara-negara berkenaan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah, Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Manakala Singapura pula akan lebih selamat dari segi ekonomi sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia.

  • Mencapai kemerdekaan
Pembentukan Malaysia merupakan jalan pintas bagi Singapura,Sabah,Sarawak dan Brunei mecapai kemerdekaan . Penjajahan British di Asia Tenggara dapat ditamatkan. Tambahan pula , Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengusulkan agar penjajahan di seluruh dunia ditamatkan . Pembentukan Malaysia membolehkan British berundur dari tanah jajahannya di Asia Tenggara secara terhormat dan British boleh mewujudkan hubungan persahabatan yang muhibah dengan negara jajahannya .




No comments:

Post a Comment