Sunday 25 September 2016

REAKSI NEGARA2 JIRAN DAN WILAYAH TERLIBAT

1.3.2 REAKSI NEGARA-NEGARA JIRAN

Terdapat 2 tentangan dari 2 Negara iaitu Filipina dan Indonesia . Filipina memprotes pembentukan Malaysia dan Indonesia pula cuba menghalang pembentukan Malaysia . 
 
  •  Filipina 
Presiden Macapagal mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada milik negaranya.Jadi, pembentukan Malaysia akan menyulitkan lagi tuntutan Filipina terhadap Sabah. Filipina terus membantah walaupun rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia. Filipina kemudianya memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.


  • Indonesia 
Presiden Sukarno mengumumkan dasar konfrantasinya pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’.  Alasan Sukarno ialah kerana Tanah Melayu membelakangkan Indonesia semasa penubuhan Malaysia. Tindakan ini adalah kerana penubuhan Malaysia mengancam idea pembentukan empayar Indonesia  Raya. Ianya juga merupakan taktik mengalih perhatian rakyatnya daripada beberapa masalah dalaman.

Dasar konfrantasi Sukarno memuncak dengan penghantaran Tentera Indonesia sempadan Sabah dan Sarawak. Tentara Indonesia juga mendarat di pantai barat Johor untuk pengintipan. Tindakan ini dapat dibendung sehingga rancangan konfrantasi ini menjadi semakin lemah. Pada tahun 1965, Sukarno telah digulingkan oleh Jeneral Suharto. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik membuat perjanjian damai bagi mengakhiri konfrantasi pada bulan ogos 1966.


Reaksi Wilayah Terlibat


  • Persekutuan Tanah Melayu
Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan British Sosialis meminta supaya idea pembentukan Malaysia dirundingkan terlebih dahulu bersama penduduk Tanah Melayu . Umno juga bersetuju atas cadangan pembentukan Malaysia tanpa penyertaan Singapura  
  • Singapura
Penduduk Singapura berminat dengan konsep Persekutuan Malaysia.  PAP yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew menyambut baik rancangan ini kerana mendapati partinya terancam dan kurang mendapat sambutan daripada rakyat Singapura sendiri.  Sementara parti-parti lain seperti Parti Buruh Singapura bersetuju dari segi prinsip tetap menganggap sebagai suatu yang sukar untuk dilaksanakan.  Parti Rakyat Singapura juga menentang gagasan Malaysia kerana berpendapat ia merupakan rancangan British untuk mengekalkan pengaruhnya.
  • Sarawak
Parti Negara Sarawak (Sarawak United People’s Party – SUPP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (Sarawak National Party – SNAP) secara jelas menentang cadangan penggabungan ini . SUPP ditubuhkan pada 12 Jun 1959 dan dipimpin oleh Ong Kee Hui.  Manakala SNAP diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan.  Hanya Barisan Rakyat Jati Sarawak (Berjaya) sahaja yang menyokong cadangan tersebut.
  • Sabah
Cadangan pembentukan Malaysia ditolak pada peringkat awal kerana belum mempunyai keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri . Pada September 1961 , Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) , Parti Pasok Momugun , Parti Bersatu dan Parti Demokratik telah bersatu membentuk Parti Perikatan Sabah dan menyokong pembentukan Malaysia . Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan 20 syarat yang dikenali sebagai Perkara 20 dan diterima oleh Sarawak . Perkara 20 merupakan tuntutan Sabah dan Sarawak untuk dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan
  • Brunei
Secara peribadi Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong pembentukan Malaysia.  Rakyat Brunei juga pada peringkat awalnya berminat untuk menyertai gabungan ini.  Tetapi mereka berpendapat akan menyertai gabungan ini selepas mereka mencapai kemerdekaan terlebih dahulu.

Namun Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M Azahari telah menentang cadangan tersebut kerana beliau lebih berminat untuk menggabungkan Brunei, Sabah, Sarawak dan Kalimantan Utara ke dalam satu kesatuan.  Ini keran A.M. Azahari berpendapat, pembentukan Malaysia merupakan satu cara kerajaan British untuk mengekalkan pengaruhnya supaya mereka dapat menguasai ekonomi dan dapat menjamin keselamatan.  Selain itu, mereka juga khuatir Brunei akan kehilangan sebahagian besar kekayaanya jika menyertai gabungan ini.

     
  • British
British bersetuju dengan pembentukan Malaysia dan bersetuju memberikan kemerdekaan kepada negara terlibat . Pembentukan Malaysia dapat mengekang pengaruh komunis .  

1 comment:

  1. Mummys Gold Casino & Hotel - Mapyro
    Find Mummys Gold Casino & 충주 출장안마 Hotel (Downtown 보령 출장샵 Las Vegas) location in Downtown Las 대구광역 출장샵 Vegas, 문경 출장샵 Nevada and other places to 안산 출장샵 stay in and play.

    ReplyDelete