Sunday 25 September 2016

PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA

1.3.3 Proses Pembentukan Malaysia

 Proses perbincangan dan perundingan kearah pembentukan Malaysia ini sebenarnya sangat panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum cadangan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil bagi memastikan pembentukanini memuaskan hati semua pihak


  •  Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
Pada bulan Julai 1961, mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah Melayu dan Borneo telah diadakan di Singapura.  Dalam mesyuarat ini, pemimpin-pemimpin Tanah Melayu dan Singapura telah menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan daripada Sabah, Sarawak dan Brunei.  Penerangan ini telah mengurangkan salah faham tentang penubuhan Malaysia.  Hasilnya mesyuarat bersetuju menubuhkan JPPM yang dianggotai oleh semua perwakilan dan Donald Stephens telah dilantik sebgai pengerusinya.  Brunei tidak menggangotai perwakilan dan hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja kerana ketidaksedian Brunei menyertai pembentukan Malaysia.

Fungsi-fungsi JPPM ialah :

(a) Menerangkan dengan lebih jelas konsep Malaysia kepada orang ramai. 
(b) Berusaha untuk mendapatkan kata sepakat daripada pemimpin-pemimpin politik di semua daerah terbabit . 

Semenjak pembentukan jawantankuasa ini, mereka telah mengadakan perjumpaan sebanyak empat kali iaitu:

(a) Jesselton (Kota Kinabalu) - 21 Ogos 1961
(b) Kuching                           - 18 Disember 1961
(c) Kuala Lumpur                  - 06 Januari 1962
(d) Singapura                        - 01 Februari 1961


  • Suruhanjaya Cobbold
Ditubuhkan pada  bulan November 1961 setelah rundingan di antara  Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Btirish.  Suruhanjaya ini ditubuhkan secara rasmi pada 16 Januari 1962 dan Lord Cobbold telah dilantik sebagai pengerusinya.  Suruhanjaya ini dianggotai oleh : 

(a) Lord Cobbold (Bekas Gabenor Bank England)
(b) Anthony Abell dan David Waterson (Wakil Kerajaan British)   
(c) Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie (Wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu)

Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk :

(a) Menyiasat fikiran rakyat Borneo utara dan Sarawak berkenaan pembentukan Malaysia 
(b) Membuat syor-syor setelah menimbangkan fikiran itu . 

Suruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula pada 19 Februari 1962 dan berakhir pada bulan April 1962.  Dalam tempoh suruhanjaya telah:

(a) Mengadakan 50 perjumpan di 35 tempat , iaitu di 20 di Sarawak dan 15 di Sabah .
(b) Menemui lebih 4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah kumpulan .

(c) Mempelawa dan menerima surat-surat atau memorandum daripada orang ramai untuk menyuarakan pandangan mereka .

Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan kemudian mengemukakan sebuah laporan penyiasatannya keada kerajaan British dan Tanah Melayu.  Dalam laporan ini, 80% penduduk Sabah dan Sarawak ingin menyertai pembentukan Malaysia.  Secara keseluruhannya, bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak terbahagi kepada tiga, iaitu:

a) ⅓ menyokong penuh penggabungan tanpa syarat. 
b) ⅓ menyokong tetapi dengan syarat-syarat dan jaminan tertentu 
c) ⅓ mahukan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai gabungan dan separuhnya menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan Brtish (20%).

  • Jawatankuasa Antara Kerajaan
Selepas Suruhanjaya Cobbold membuat laporan yang agak memuaskan, tugas untuk merangka syarat-syarat Persekutuan secara terperinci telah dilakukan oleh sebuah jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang bertindak sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura.

Jawatankuasa ini telah membentuk satu perlembagaan khususnya yang melibatkan permintaan Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima daripada parti-parti politik di Sabah dan Sarawak.

Laporan yang dibuat oleh jawatankuasa ini menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia sebagai asas. Perlembagaan yang dibentuk ini telah disahkan oleh kerajaan British pada 9 Julai 1963. Antara perkara yang menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah :

(a) Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh Persekutuan Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak.

(b) Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam perkara-perkara rasmi selama 10 tahun selepas kemasukan ke dalam Persekutuan.

(c) Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan negeri masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalan kerajaan pusat. Ini adalah untuk memberi keyakinan kepada Sabah dan Sarawak bahawa tujuan Tanah Melayu bukanlah untuk menjajah negara tersebut.

(d) Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.

(e) Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah kerusi.

  • Referendum Singapura 
Jika peristiwa di Sabah dan Sarawak melibatkan penyiasatan oleh Suruhanjaya Cobbold, Singapura turut membuat satu pungutan suara yang dipanggil Referendum Singapura. Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan referendum sebagai satu cara meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan kepastian dan pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Secara keseluruhan, pungutan suara ini bukan bertujuan untuk membenarkan rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka yang tertentu.
  
Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin sebahagian besar parti politik di Singapura menyokong cadangan Malaysia, cuma pandangan dan pendirian mereka juga perlu diambilkira. Soal menolak sudah tidak wujud, tetapi soal penubuhan perlu dibincangkan. Dalam pungutan suara ini, rakyat Singapura diberi tiga pilihan, iaitu :

(a) Pilihan A – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November 1961 (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397 626 undi).

(b) Pilihan B – rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 9442 undi).

(c) Pilihan C – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama seperti yang diperoleh wilayah-wilayahBorneo dengan penyertaan ini (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 144 077 undi).

Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan Sosialis dan pihak komunis yang tidak bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong. Namun selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia.

Penganalisis sejarah mendakwa sokongan Singapura ini adalah ekoran kejayaan kerajaan PAP meyakinkan rakyat berhubung tiada kemungkinan taraf kerakyatan mereka akan dilucutkan dengan penggabungan, perdagangan antarabangsa Singapura mungkin merosot jika mereka tidak bergabung dan ancaman komunis akan dapat dibendung dengan jayanya dengan pembentukan ini. Secara keseluruhannya, keputusan ini menunjukkan rakyat Singapura bersetuju untuk menyertai Malaysia dengan memilih syarat A, iaitu pilihan yang dicadangkan oleh kerajaan Singapura sendiri.

 



  

No comments:

Post a Comment