Saturday 24 September 2016

PEMBENTUKAN MALAYSIA

1.3 PEMBENTUKAN MALAYSIA


Persekutuan tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 . Pada waktu itu , Singapura masih belum mendapat kemerdekaan daripada British . Sabah dan Sarawak masih kekal sebagai Tanah Jajahan British , manakala Brunei di bawah perlindugan kerajaan British . Usaha penubuhan Malaysia mendapat pelbagai cabaran dan reaksi dari dalam negeri dan luar negara . 



1.3.1 IDEA DAN FAKTOR GAGASAN MALAYSIA

Pada tahun 1959 , pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura , iaitu Lee Kuan Yew berusaha mendapatkan kemerdekaan bagi Singapura dengan mencadangkan pencantuman Singapura dengan Tanah Melayu . Cadangan tersebut ditolak oleh Perdana Menteri Tanah Melayu , Tunku Abdul Rahman kerana bimbang akan wujud masalah sosial disebabkan majoriti penduduk Singapura ialah kaum Cina . Tambahan pula , gabungan Singapura dengan Tanah Melayu akan menjadikan komposisi kaum Cina melebihi orang Melayu serta mengancam kedudukan orang Melayu . 


Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa Singapura boleh bergabung dengan Tanah Melayu sekiranya Sabah , Sarawak , dan Brunei turut bergabung dengan Tanah Melayu dan membentuk sebuah persekutuan yang dinamakan "Malaysia" . Beliau telah menyuarakan pendapat tersebut semasa berucap dengan wartawan asing samasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asua Tenggara di Hotel Adelphi,Singapura pada 27 Mei 1961 . 

No comments:

Post a Comment