Sunday 25 September 2016

KESIMPULAN

Kesimpulan

 Sejarah dan politik merupakan komponen utama dalam mewujudkan keharmonian dan perpaduan kaum di sesebuah negara . Peghayatan terhadap peristiwa sejarah akan menimbulkan kesedaran dan nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat supaya perpaduan dan keharmonian negara Malaysia dapat dikekalkan . Penjajahan bangsa asing seperti Portugis , Belanda , British dan Jepun meninggalakan kesan besar terhadap penduduk Malaysia dalam aspek sosial , ekonomi , politik , sistem pendidikan dan lain-lain . Kegetiran hidup yang dirasai oleh penduduk tanah Melayu ketika zaman penjajahan harus dihayati . Semangat nasionalisme dan perpaduan dalam kalangan penduduk untuk membentuk sebuah bangsa yang merdeka harus diteladani dan dijaga demi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan berjaya serta disegani diseluruh dunia .

RUJUKAN

  • Rujukan 
(1) Buku Pengajian Am

(2) https://www.youtube.com/
 
(3) http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.my/2014/08/bab-6-pembentukan-malaysia.html
 
(4)  http://siangmalam46.blogspot.my/2014/10/bab-6-pembentukan-malaysia.html
 
(5) https://www.google.com/
 

PENGAJARAN DAN KESAN

  • Pengajaran
  • Malaysia telah melalui pelbagai liku, halangan  dan cabaran sebelum menjadi sebuah negara yang berdaulat pada hari ini.
  • Rakyat perlu bersatu menentang kuasa asing yang menduduki negara  termasuklah pengkhianat negara.
  • Suara rakyat melalui pilihan raya adalah asas penting dalam menentukan tampuk pemerintahan dan hala tuju negara.
  • Peristiwa penubuhan Malaysia memberi pengajaran kepada bakal pemimpin pada masa akan datang agar tidak mementingkan diri dalam segala hal, sebaliknya kepentingan semua pihak perlu diambil kira. Dalam peristiwa ini, pemimpin Persekutuan Tanah Melayu tidak mementingkan diri , sebaliknya bersedia berkongsi kekayaan dan kemakmuran negara dengan wilayah-wilayah jiran yang masih dalam taklukan penjajah.
 
  • Kesan Daripada Topik 
  • Topik ini juga sarat dengan pengajaran dan nilai-nilai murni yang perlu direnungin dan dijadikan iktibar oleh semua warganegara. Dalam hal ini, untuk melakar kejayaan , kita mesti mengharungi segala cabaran dengan profesional , iaitu tidak menggunakan jalan mudah / singkat untuk berjaya.
  • Di antara nilai-nilai murni yang perlu dijadikan iktibar ialah seseorang warganegara itu tidak boleh berpeluk tubuh dan membiarkan orang asing memerintah dan menentukan sistem pemerintahan negara kita.
  • Seseorang itu juga perlu mengetahui bahawa tidak  ada jalan mudah untuk negara mencapai kemajuan . Lihat saja peranan Tuanku Abdul Rahman yang terpaksa turun padang dan berunding dengan British untuk membebaskan Negara ini  belenggu penjajahan.

FAKTOR UTAMA PEMISAHAN SINGAPURA

Faktor Utama Pemisahan Singapura
  
Setelah dua tahun berada dalam Malaysia , hubungan Tanah Melayu dengan Singapura mula retak . Banyak perselisihan mula timbul . Antara isu yang menjadi perdebatan hangat seperti :-

  • Ekonomi dan Kewangan
Tanah Melayu , Sabah , dan Sarawak bersetuju untuk memajukan sektor perindustian dan perkilangan bersama . Barang-barang yang dihasilkan akan digunakan dalam negeri dan bukannya untuk dieksport . Keuntungan ekonomi akan dikongsi bersama . Tetapi apabila Malaysia ditubuhkan tidak banyak kemajuan ekonomi dicapai . Ini telah menyebabkan Singapura berasa kecewa .

  • Persaingan Politik PAP dan MCA
Parti Tindakan Rakyat cuba untuk untuk bertanding dengan Parti Perikatan . PAP cuba menarik perhatian orang Cina bahawa MCA tidak mampu untuk membangun dan memajukan orang Cina .

  •  Masalah Perkauman 
  Singapura memperjuangkan persamaan hak dan melancarkan kempen ‘Malaysia untuk Orang Malaysia’. Singpura telah membentuk United Opposition Front yang kuat untuk memperjuangkan konsep persamaan hak dan Malaysia untuk Orang Malaysia .

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Tunku Abdul Rahman untuk meredakan keadaan , tetapi tidak berjaya . Akhirnya pada bulan Ogos 1965 , Singapura telah dikeluarkan dari Malaysia .



PENYINGKIRAN SINGAPURA

Penyingkiran Singapura


 Pertikaian politik antara parti Perikatan dengan PAP menyebabkan hubungan Singapura dan kerajaan Persekutuan semakin tegang . Rusuhan kaum , iaitu antara orang Cina dan orang Melayu yang berlaku di Singapura pada Julai 1964 telah menyebabkan pertumpahan darah sekaligus minimbulkan kerisauan kepada Tunku Abdul Rahman . Tunku Abdul Rahman berpendapat adalah lebih baik sekiranya Singapura dikeluarkan daripada Malaysia untuk mengatasi krisis yang timbul demi perpaduan kaum dan kestabilan ekonomi . 


PENGISYTIHARAN MALAYSIA

Pengisytiharan Malaysia

Upacara Pengisytiharan Malaysia diadakan dengan gilang-gemilang di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963 . Pengisytiharan Malaysia dibuat oleh Tunku Abdul Rahman serta dihadiri oleh Yand di-Pertuan Agong , Raja-raja Melayu , Gabenor Pulau Pinang , Melaka , Singapura , Sabah dan Sarawak , anggota kabinet , diplomat asing di Kuala Lumpur dan jemputan khas . Upacara pengisyitiharan Malaysia diadakan secara serentak di Singapura , Jesselton dan Kuching . Di Jesselton , pengisyitiharan tersebut dibuat oleh Ketua Menteri Sabah , Donald Stephens di hadapan Datu Mustpha bin Datu Harun dan wakil kerajaan Persekutuan , Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein . Di Kuching , pengisyitiharan dibuat oleh wakil kerajaan Persekutuan , iaitu Mohd Khir Johari dan dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri , Abang Haji Openg bin Abang Sapiee dan Ketua Menteri Sarawal , Stephen Kalong Ningkan .


PERSETUJUAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

Persetujuan Pembentukan Malaysia
 Pada Jun 1963 , Rundingan akhir pembentukan Malaysia diadakan di London . Perundingan tersebut berakhir pada 8 Julai 1963 dengan persetujuan dan perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia ditandatangi oleh wakil-wakil dari kerajaan British , Persekutuan Tanah Melayu , Singapura , Sabah dan Sarawak . Brunei yang pada mulanya turut serta dalam perundingan tersebut telah menarik diri pada saat saat akhir perjanjian itu ditandatangi . Tarikh awal penubuhan Malaysia dicadangkan pada 31 Ogos 1963 tetapi ditunda kepada 16 September 1963 disebabkan oleh laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu dapat disiapkan pada 14 September 1963