PENGAJARAN DAN KESAN
- Malaysia telah melalui pelbagai liku, halangan dan cabaran sebelum menjadi sebuah negara yang berdaulat pada hari ini.
- Rakyat perlu bersatu menentang kuasa asing yang menduduki negara termasuklah pengkhianat negara.
- Suara rakyat melalui pilihan raya adalah asas penting dalam menentukan tampuk pemerintahan dan hala tuju negara.
- Peristiwa penubuhan Malaysia memberi pengajaran kepada bakal
pemimpin pada masa akan datang agar tidak mementingkan diri dalam segala
hal, sebaliknya kepentingan semua pihak perlu diambil kira. Dalam
peristiwa ini, pemimpin Persekutuan Tanah Melayu tidak mementingkan diri
, sebaliknya bersedia berkongsi kekayaan dan kemakmuran negara dengan
wilayah-wilayah jiran yang masih dalam taklukan penjajah.
- Topik ini juga sarat dengan pengajaran dan nilai-nilai murni yang
perlu direnungin dan dijadikan iktibar oleh semua warganegara. Dalam hal
ini, untuk melakar kejayaan , kita mesti mengharungi segala cabaran
dengan profesional , iaitu tidak menggunakan jalan mudah / singkat untuk
berjaya.
- Di antara nilai-nilai murni yang perlu dijadikan iktibar ialah
seseorang warganegara itu tidak boleh berpeluk tubuh dan membiarkan
orang asing memerintah dan menentukan sistem pemerintahan negara kita.
- Seseorang itu juga perlu mengetahui bahawa tidak ada jalan mudah
untuk negara mencapai kemajuan . Lihat saja peranan Tuanku Abdul Rahman
yang terpaksa turun padang dan berunding dengan British untuk
membebaskan Negara ini belenggu penjajahan.
tq
ReplyDelete👍
ReplyDeleteApakah iktibar Dari pembentukan malaysia
ReplyDelete