Kesimpulan
Sejarah
dan politik merupakan komponen utama dalam mewujudkan keharmonian dan
perpaduan kaum di sesebuah negara . Peghayatan terhadap peristiwa
sejarah akan menimbulkan kesedaran dan nilai-nilai murni dalam kalangan
rakyat supaya perpaduan dan keharmonian negara Malaysia dapat dikekalkan
. Penjajahan bangsa asing seperti Portugis , Belanda , British dan
Jepun meninggalakan kesan besar terhadap penduduk Malaysia dalam aspek
sosial , ekonomi , politik , sistem pendidikan dan lain-lain . Kegetiran
hidup yang dirasai oleh penduduk tanah Melayu ketika zaman penjajahan
harus dihayati . Semangat nasionalisme dan perpaduan dalam kalangan
penduduk untuk membentuk sebuah bangsa yang merdeka harus diteladani dan
dijaga demi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan
berjaya serta disegani diseluruh dunia .
No comments:
Post a Comment